Wednesday, February 29, 2012

IMY

,



I would like to dedicate this song to my someone special. I might not be around with you right now but I just want you to know that You are always in my mind ♥ ♥ ♥




Friday, February 24, 2012

Come To An End

,
Assalamualaikum

Cuti semester dah tak lama dah. Next week on Saturday I'll be going back to Shah Alam. Bermulalah hidup sebagai pelajar semester akhir ijazah perakaunan. InsyaAllah. Fuhh! Cuti dah dekat 3 bulan plus praktikal 6 bulan kat Ipoh. Rasa cam berat pulak nak meninggalkan rumah terchenta ni.haha. Tapi tak sabar jugak nak balik Shah Alam nak habis kan cepat-cepat belajar.ehehe. Dulu ada jugak konon-konon merancang nak sambung belajar lepas degree tapi terpaksa batalkan niat sebab rasa cam malas lagi nak belajar. Nak kerja dululah merasa duit sendiri. Kalau dah bosan kerja nanti baru pikir balik nak sambung belajar ke tak.

Sepanjang cuti ni tak banyak tempat pun aku pergi. Disebabkan bajet terhad dan juga nak menjaga si kecik kenit kemetot dua orang tu. Tak boleh gerak jauh-jauh sangat.Tak macam orang lain boleh pergi melencong seluruh pelosok dunia. Tapi takpe aku seronok jugak duduk rumah main dengan Hana dan Hani. Seronok tengok dorang membesar. Tapi masa cuti dulu sempat lah jugak aku pergi balik kampung jalan-jalan tengok kampung halaman dekat Sabah. Dapat jumpa nenek, sanak saudara dan sebagainya. Tak lama pun balik lebih kurang seminggu je. Lepas tu balik kampung sebelah mak pulak dekat Bagan Serai,Perak. Lepak-lepak sana sambil nak pergi sepupu aku kawin dekat Penang pulak. Adalah jalan-jalan sikit melawat orang-orang Penang sekali.

Lepas balik dari Penang pulak aku pergi Pangkor dengan  BFF, Lisa Faizara. Pergi berdua je pun sebab cam last minute plan. Orang-orang kat Pangkor tu termasuk pakcik teksi, kakak hotel dan segala macam orang cam pelik kitorang pergi berdua je. Masa nak check-in hotel, Lisa tersilap booked bilik untuk family. Kakak hotel tu sampai cakap mesti bilik kitorang yang paling sunyi sebab bilik lain tu datang dengan keluarga banyak budak-budak kecik. Padahal aku rasa kitorang gelak sakan sampai pukul 2 pagi tak tidur lagi bilik lain dah sunyi sepi dah. Masa otw pergi hotel pakcik teksi tu pun cam pelik sebab kitorang asik gelak je. Seriously best tahap dewa tak terkata kitorang punya vacation. Kitorang fully utilised masa berdua-duaan.haha. Sampai-sampai terus pergi snorkeling and ronda-ronda pulau-pulau kecik kat situ. Lepas snorkeling tu abang boat tu drop kat pulau kecik apa ntah kitorang mandi-mandi main pasir kat situ. Kat pulau tu takde orang seronoklah kitorang dua yang conquer. Pasir kat situ cantik dan halus sangat. Malam tu pulak kitorang makan-makan dekat tepi pantai. Romantik bagailah.haha.

Masa cuti semester ni jugak abang kesayangan aku dah selamat bertunang dengan kekasih hati. Majlis tunang kecil-kecilan buat dekat KL dekat rumah pihak perempuan. InsyaAllah hujung bulan 6 ni buat kenduri belah lelaki dekat rumah. Rasanya yang tu je lah yang benda menarik yang berlaku sepanjang cuti ni. Hari-hari lain dipenuhi dengan melayan karenah si kecil Hana dan Hani.

Jumpa papa rock kat airport. Siap naik flight sekali gitu. Rupa-rupanya dia ikot aku sampai Semporna.haha

Ni kat kampung aku restoran terapung kot. Ntah.

Dinner kat atas air

Mee Basah Sabah

Seafood galore

Lepak-lepak petang




Soto special dari Kepala Batas..

Sepupu aku aju kawin


ni bilik family yang aku cakap tu.hambik katil sorang satu









tunang abang
abang & chept

si kemetot yang dah semakin lincah

Saturday, February 18, 2012

Hello Nafsu

,
Benci betul lah kalau banyak bebenornya nafsu ni. Kalau ikot hati nak je layan tapi memandangkan sumber kewangan yang terhad ditambah pulak duit MARA kasik dah overspend kena lah tahan nafsu ni. Nafsu yang aku maksudkan ni nafsu nak shopping lah. Faham-faham lah jadi pompuan ni suma benda kalau boleh nak baru dan nak cantik kan. Elaun MARA dah la masuk sampai Mei je. Jun dan Julai tu pandai-pandai lah nak hidup sendiri. Padan muka diri sendiri sapa suruh belanja tak hengat dunia kan. Patutnya duit bulan Januari dan Februari ni simpan untuk masa depan. Gatal pegi guna. Sekarang dah susah hati nak korek duit kat mana. 

Tak lama lagi nak bukak semester ni kalau boleh nak la beli kasut baru,beg baru dan segala benda mak nenek lah baru dengan harapan bersemangat sikit nak pegi kelas kan. Konon je lah kan. Padahal kalau takde pun xpe KOT~ Aduhai..Pakailah apa yang ada. Bukan mati pun kan..hehe..Ni lah luahan hati yang sangat bercelaru dan bosan. Nak beli barang kena bajet-bajet duit sekarang ni. Belajar lah bersyukur dengan nikmat Allah. Kalau tak pernah susah nanti kita tak dapat nak menikmati dan menghargai bila senang. Ni peringatan untuk diri sendiri je. Takde kaitan antara yang hidup mahupun yang mati. Wasalam. 

Thursday, February 16, 2012

The Apple of My Eye

,
Setelah sekian lama, akhirnya dengan limpah rahmat dari Nya datang lah orang baru dalam hidup aku. Dah la dua orang sekali gus kan. Rasa nak melompat guling-guling seronok sangat masa dapat tahu yang aku nak dapat adik baru tahun lepas. Kembar pulak tu. Tak pernah dalam sejarah keturunan keluarga aku kembar. Kalau ada pun jauh bau-bau bacang macang..hehe..

Pada tanggal 22hb  Julai 2011 lahirlah dua orang bayi yang comel. Setelah 16 tahun, tiba-tiba je nak dapat adik baru. Meriah lah rumah sikit. Sekarang ni dorang dah nak masuk 7 bulan dah pun tak lama lagi. Dah memang jerit kuat gila macam nak pecah tekak pun ada. Geram sangat rasa nak cubit-cubit geget-geget pipi dorang. Tapi memang hari-hari pun aku cubit geget pipi peha dorang tu.haha..Dulu masa dapat adik yang bawah aku ni aku manalah taw pape. Yang aku taw dulu sibuk nak main dengan mainan aku. Mana aku ambik peduli pun. Sekarang ni dapat lah main dengan dorang dari dorang kecik umur sehari sampai lah sekarang ni yang nak ligat nak merangkak.






Hana Saffiya(kanan)& Hani Saffiya
Tu semua gambar masa dorang baru lahir. Kembar seiras tapi masa mula lahir pun dah dapat beza mana satu Hana dan Hani. They are the apple of my eye, my comfort, my responsibility, my joy, my prized possession, my baby sister Hana Saffiya and Hani Saffiya.


*comelnyaaa budak ni*

Wednesday, February 15, 2012

I'm Back

,
Assalamualaikum

Setelah sekian lama aku bercadang untuk buat balik blog aku ni. Blog dulu aku dah delete. Bila pikir balik kadang-kadang bosan tak tau nak buat apa baik aku buat blog. Ok bye.
 

"Life Is Too Short To Wake Up With Regrets" Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger Templates