Friday, February 24, 2012

Come To An End

,
Assalamualaikum

Cuti semester dah tak lama dah. Next week on Saturday I'll be going back to Shah Alam. Bermulalah hidup sebagai pelajar semester akhir ijazah perakaunan. InsyaAllah. Fuhh! Cuti dah dekat 3 bulan plus praktikal 6 bulan kat Ipoh. Rasa cam berat pulak nak meninggalkan rumah terchenta ni.haha. Tapi tak sabar jugak nak balik Shah Alam nak habis kan cepat-cepat belajar.ehehe. Dulu ada jugak konon-konon merancang nak sambung belajar lepas degree tapi terpaksa batalkan niat sebab rasa cam malas lagi nak belajar. Nak kerja dululah merasa duit sendiri. Kalau dah bosan kerja nanti baru pikir balik nak sambung belajar ke tak.

Sepanjang cuti ni tak banyak tempat pun aku pergi. Disebabkan bajet terhad dan juga nak menjaga si kecik kenit kemetot dua orang tu. Tak boleh gerak jauh-jauh sangat.Tak macam orang lain boleh pergi melencong seluruh pelosok dunia. Tapi takpe aku seronok jugak duduk rumah main dengan Hana dan Hani. Seronok tengok dorang membesar. Tapi masa cuti dulu sempat lah jugak aku pergi balik kampung jalan-jalan tengok kampung halaman dekat Sabah. Dapat jumpa nenek, sanak saudara dan sebagainya. Tak lama pun balik lebih kurang seminggu je. Lepas tu balik kampung sebelah mak pulak dekat Bagan Serai,Perak. Lepak-lepak sana sambil nak pergi sepupu aku kawin dekat Penang pulak. Adalah jalan-jalan sikit melawat orang-orang Penang sekali.

Lepas balik dari Penang pulak aku pergi Pangkor dengan  BFF, Lisa Faizara. Pergi berdua je pun sebab cam last minute plan. Orang-orang kat Pangkor tu termasuk pakcik teksi, kakak hotel dan segala macam orang cam pelik kitorang pergi berdua je. Masa nak check-in hotel, Lisa tersilap booked bilik untuk family. Kakak hotel tu sampai cakap mesti bilik kitorang yang paling sunyi sebab bilik lain tu datang dengan keluarga banyak budak-budak kecik. Padahal aku rasa kitorang gelak sakan sampai pukul 2 pagi tak tidur lagi bilik lain dah sunyi sepi dah. Masa otw pergi hotel pakcik teksi tu pun cam pelik sebab kitorang asik gelak je. Seriously best tahap dewa tak terkata kitorang punya vacation. Kitorang fully utilised masa berdua-duaan.haha. Sampai-sampai terus pergi snorkeling and ronda-ronda pulau-pulau kecik kat situ. Lepas snorkeling tu abang boat tu drop kat pulau kecik apa ntah kitorang mandi-mandi main pasir kat situ. Kat pulau tu takde orang seronoklah kitorang dua yang conquer. Pasir kat situ cantik dan halus sangat. Malam tu pulak kitorang makan-makan dekat tepi pantai. Romantik bagailah.haha.

Masa cuti semester ni jugak abang kesayangan aku dah selamat bertunang dengan kekasih hati. Majlis tunang kecil-kecilan buat dekat KL dekat rumah pihak perempuan. InsyaAllah hujung bulan 6 ni buat kenduri belah lelaki dekat rumah. Rasanya yang tu je lah yang benda menarik yang berlaku sepanjang cuti ni. Hari-hari lain dipenuhi dengan melayan karenah si kecil Hana dan Hani.

Jumpa papa rock kat airport. Siap naik flight sekali gitu. Rupa-rupanya dia ikot aku sampai Semporna.haha

Ni kat kampung aku restoran terapung kot. Ntah.

Dinner kat atas air

Mee Basah Sabah

Seafood galore

Lepak-lepak petang




Soto special dari Kepala Batas..

Sepupu aku aju kawin


ni bilik family yang aku cakap tu.hambik katil sorang satu









tunang abang
abang & chept

si kemetot yang dah semakin lincah

4 comments to “Come To An End”

  • February 24, 2012 at 8:31 AM
    Irfan Isa says:

    soto dr kepala batas.. uuuww~ ^^

  • February 24, 2012 at 8:43 AM

    ^___^

  • February 25, 2012 at 6:22 AM
    amira ashri says:

    Wah!!! Comel nyer hana n hani sekarang... Nk berbesan x? Hahha..

  • February 25, 2012 at 10:40 PM

    berbesan???errkkk..haha

Post a Comment

 

"Life Is Too Short To Wake Up With Regrets" Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger Templates