Monday, April 23, 2012

Terima Kasih Cinta

,
Assalamualaikum

20hb April 2012 baru je berlalu. Tarikh tu merupakan tarikh keramat aku tiap-tiap tahun. Sebabnya 20hb April tu hari jadi aku dan ibu tersayang. Rasa cam bertuah sangat sebab hari lahir aku sama dengan orang yang paling aku sayang kat dunia ni dan orang yang paling bermakna dalam hidup aku. Tanpa mak siapalah aku di dunia ni. Terima kasih mak atas segalanya.

Tu baru mukadimmah. Aku  nak cerita apa yang berlaku sehari sebelum dan selepas 20hb April 2012. Sebab kalau tak tulis ni mungkin akan terlupa dan entri kali ni aku nak tujukan kepada semua yang terlibat dalam memeriahkan lagi kehidupan aku kali ni. Sehari  sebelum hari kejadian aku ponteng kelas sebab nak meronggeng dengan sahabat baik aku dari sekolah rendah lagi. Memandangkan tak banyak masa, dia pulak balik bercuti dari India kejap je, jadi aku pun ponteng lah kelas sehari je. Kejap je dapat lepak tapi apa-apa pun terima kasih lah Shing sebab sudi meluangkan masa dengan aku. Terima kasih jugak bagi hadiah yang best kat aku :)

bff dari kecik! Semoga jadi doktor yang hebat


Petang tu pulak aku kena bergegas sebab malam tu ada party kat padang MBSA dengan kengkawan UiTM yang coolest. Aku punya plan nak belanja makan-makan kecil-kecilan je. Tak sangka ada kejutan besar pulak menanti.hahahah. Terima kasih semua kawan-kawan yang terlibat bersusah payah pegi wat SURPRISE yang OHSEM! Special thanks to SAYANGKU yang berada jauh nun disana sebab buat semua ni. Terima kasih semua!! Terima kasih MIRA ASH, SUE, YAT, JIHAN, DEBO, PIKAH, MALIN,  BASH, SYILA, IMA, WAWA, HAJAR, KAK CHIK, FATIN dan semua yang memeriahkan majlis malam tu.

Nak nangis tengok  ni sebab terharu sangat :')

Ni pun sama. Comel sangat!

Love u guyssssss

:)



Pada keesokan hari tu pulak aku balik sambut dengan keluarga tercinta pulak. Kami pergi keluar makan-makan. Sambutan kali ni meriah sikit sebab ada dua orang baru dalam keluarga ni Hana dan Hani. Syukur Alhamdullilah sebab dikurniakan kawan-kawan yang best dan keluarga yang bahagia. Hari lahir kali ni membawa sejuta makna bagi diriku. 

hana dan hani sayang

Happy birthday mum n me. Love u so much.




Saturday, March 10, 2012

Final Sem

,
Dah seminggu dah kelas bermula. So far so good. Duduk rumah sewa pergi kelas naik bus je sebab malas nak drive lepas tu malas nak pikir nak parking dengan sesak semua bagai. Atleast pagi-pagi aku dah exercise sikit dengan jalan kaki pergi bus stop dengan housemates aku. Semester sebelum-sebelum ni kalau boleh nak parking tepi kelas tu jugak. Punya lah berkira nak berjalan. Saman jangan cakap lah kan. Tak terkira dah sebenarnya berapa nanti dah nak konvo lah baru bayar.hahaha. Hasil daripada kemalasan aku dulu aku dah menyesal sebabkan aku kurang bersenam dan makan tak ingat dunia lepas tu malas lagi nak jalan pergi kelas memang badan bulat cam doremon. Nasiblah ada kesedaran nak jaga balik badan ni bila tengok perut dah berlapis-lapis dan boroi. Dah tak kahwin lagi badan macam mak orang. Kalau pergi jejalan dengan Hana dan Hani memang semua orang ingat tu anak aku.sobs -_-"

Tapi Jumaat lepas aku redah jugak pergi kelas naik kereta sebab cam dah lewat lagipun satu kelas je kan. Dengan kesungguhan aku berjalan ke kelas hasilnya amat memberangsangkan bila aku timbang minggu ni turun 2kg. Tapi dah balik rumah ni makan macam-macam tak tahu lah apa jadi kan. Nak turun lagi 2kg je untuk berat badan unggul. Sekarang ni dah ideal dah. Perlukan usaha keras lagi. Minggu depan mungkin aku dah tak balik rumah dah. Kena tabahkan hati demi final semester ni. Nak kena belajar sikit-sikit dari awal semester sebab kali ni memang mencabar minda aku sebab semua subjek teori and no more calculation. Otak dah berkarat ni dah 9 bulan tak pegang buku dan dah memang dari azali aku ni lembab sikit bab-bab menghafal ni. Kena selalu berfikiran positif dan cuba menjadi lebih baik.

Apa benda sebenarnya aku cuba sampaikan ni pun aku tak tahu. Aku cuma nak bagitau yang semester ni merupakan final semester aku untuk Ijazah Perakaunan aku. InsyaAllah. Gagahkan jiwa lara untuk menempuh 5 bulan ni. Kepada rakan-rakan lain selamat berjuang. Sebelum menutup tirai bicara jom layan  lagu kat bawah ni. Sebab semalam ada orang kasik lagu ni. Suka sangat ♥


Wednesday, February 29, 2012

IMY

,



I would like to dedicate this song to my someone special. I might not be around with you right now but I just want you to know that You are always in my mind ♥ ♥ ♥




Friday, February 24, 2012

Come To An End

,
Assalamualaikum

Cuti semester dah tak lama dah. Next week on Saturday I'll be going back to Shah Alam. Bermulalah hidup sebagai pelajar semester akhir ijazah perakaunan. InsyaAllah. Fuhh! Cuti dah dekat 3 bulan plus praktikal 6 bulan kat Ipoh. Rasa cam berat pulak nak meninggalkan rumah terchenta ni.haha. Tapi tak sabar jugak nak balik Shah Alam nak habis kan cepat-cepat belajar.ehehe. Dulu ada jugak konon-konon merancang nak sambung belajar lepas degree tapi terpaksa batalkan niat sebab rasa cam malas lagi nak belajar. Nak kerja dululah merasa duit sendiri. Kalau dah bosan kerja nanti baru pikir balik nak sambung belajar ke tak.

Sepanjang cuti ni tak banyak tempat pun aku pergi. Disebabkan bajet terhad dan juga nak menjaga si kecik kenit kemetot dua orang tu. Tak boleh gerak jauh-jauh sangat.Tak macam orang lain boleh pergi melencong seluruh pelosok dunia. Tapi takpe aku seronok jugak duduk rumah main dengan Hana dan Hani. Seronok tengok dorang membesar. Tapi masa cuti dulu sempat lah jugak aku pergi balik kampung jalan-jalan tengok kampung halaman dekat Sabah. Dapat jumpa nenek, sanak saudara dan sebagainya. Tak lama pun balik lebih kurang seminggu je. Lepas tu balik kampung sebelah mak pulak dekat Bagan Serai,Perak. Lepak-lepak sana sambil nak pergi sepupu aku kawin dekat Penang pulak. Adalah jalan-jalan sikit melawat orang-orang Penang sekali.

Lepas balik dari Penang pulak aku pergi Pangkor dengan  BFF, Lisa Faizara. Pergi berdua je pun sebab cam last minute plan. Orang-orang kat Pangkor tu termasuk pakcik teksi, kakak hotel dan segala macam orang cam pelik kitorang pergi berdua je. Masa nak check-in hotel, Lisa tersilap booked bilik untuk family. Kakak hotel tu sampai cakap mesti bilik kitorang yang paling sunyi sebab bilik lain tu datang dengan keluarga banyak budak-budak kecik. Padahal aku rasa kitorang gelak sakan sampai pukul 2 pagi tak tidur lagi bilik lain dah sunyi sepi dah. Masa otw pergi hotel pakcik teksi tu pun cam pelik sebab kitorang asik gelak je. Seriously best tahap dewa tak terkata kitorang punya vacation. Kitorang fully utilised masa berdua-duaan.haha. Sampai-sampai terus pergi snorkeling and ronda-ronda pulau-pulau kecik kat situ. Lepas snorkeling tu abang boat tu drop kat pulau kecik apa ntah kitorang mandi-mandi main pasir kat situ. Kat pulau tu takde orang seronoklah kitorang dua yang conquer. Pasir kat situ cantik dan halus sangat. Malam tu pulak kitorang makan-makan dekat tepi pantai. Romantik bagailah.haha.

Masa cuti semester ni jugak abang kesayangan aku dah selamat bertunang dengan kekasih hati. Majlis tunang kecil-kecilan buat dekat KL dekat rumah pihak perempuan. InsyaAllah hujung bulan 6 ni buat kenduri belah lelaki dekat rumah. Rasanya yang tu je lah yang benda menarik yang berlaku sepanjang cuti ni. Hari-hari lain dipenuhi dengan melayan karenah si kecil Hana dan Hani.

Jumpa papa rock kat airport. Siap naik flight sekali gitu. Rupa-rupanya dia ikot aku sampai Semporna.haha

Ni kat kampung aku restoran terapung kot. Ntah.

Dinner kat atas air

Mee Basah Sabah

Seafood galore

Lepak-lepak petang




Soto special dari Kepala Batas..

Sepupu aku aju kawin


ni bilik family yang aku cakap tu.hambik katil sorang satu









tunang abang
abang & chept

si kemetot yang dah semakin lincah

Saturday, February 18, 2012

Hello Nafsu

,
Benci betul lah kalau banyak bebenornya nafsu ni. Kalau ikot hati nak je layan tapi memandangkan sumber kewangan yang terhad ditambah pulak duit MARA kasik dah overspend kena lah tahan nafsu ni. Nafsu yang aku maksudkan ni nafsu nak shopping lah. Faham-faham lah jadi pompuan ni suma benda kalau boleh nak baru dan nak cantik kan. Elaun MARA dah la masuk sampai Mei je. Jun dan Julai tu pandai-pandai lah nak hidup sendiri. Padan muka diri sendiri sapa suruh belanja tak hengat dunia kan. Patutnya duit bulan Januari dan Februari ni simpan untuk masa depan. Gatal pegi guna. Sekarang dah susah hati nak korek duit kat mana. 

Tak lama lagi nak bukak semester ni kalau boleh nak la beli kasut baru,beg baru dan segala benda mak nenek lah baru dengan harapan bersemangat sikit nak pegi kelas kan. Konon je lah kan. Padahal kalau takde pun xpe KOT~ Aduhai..Pakailah apa yang ada. Bukan mati pun kan..hehe..Ni lah luahan hati yang sangat bercelaru dan bosan. Nak beli barang kena bajet-bajet duit sekarang ni. Belajar lah bersyukur dengan nikmat Allah. Kalau tak pernah susah nanti kita tak dapat nak menikmati dan menghargai bila senang. Ni peringatan untuk diri sendiri je. Takde kaitan antara yang hidup mahupun yang mati. Wasalam. 

Thursday, February 16, 2012

The Apple of My Eye

,
Setelah sekian lama, akhirnya dengan limpah rahmat dari Nya datang lah orang baru dalam hidup aku. Dah la dua orang sekali gus kan. Rasa nak melompat guling-guling seronok sangat masa dapat tahu yang aku nak dapat adik baru tahun lepas. Kembar pulak tu. Tak pernah dalam sejarah keturunan keluarga aku kembar. Kalau ada pun jauh bau-bau bacang macang..hehe..

Pada tanggal 22hb  Julai 2011 lahirlah dua orang bayi yang comel. Setelah 16 tahun, tiba-tiba je nak dapat adik baru. Meriah lah rumah sikit. Sekarang ni dorang dah nak masuk 7 bulan dah pun tak lama lagi. Dah memang jerit kuat gila macam nak pecah tekak pun ada. Geram sangat rasa nak cubit-cubit geget-geget pipi dorang. Tapi memang hari-hari pun aku cubit geget pipi peha dorang tu.haha..Dulu masa dapat adik yang bawah aku ni aku manalah taw pape. Yang aku taw dulu sibuk nak main dengan mainan aku. Mana aku ambik peduli pun. Sekarang ni dapat lah main dengan dorang dari dorang kecik umur sehari sampai lah sekarang ni yang nak ligat nak merangkak.






Hana Saffiya(kanan)& Hani Saffiya
Tu semua gambar masa dorang baru lahir. Kembar seiras tapi masa mula lahir pun dah dapat beza mana satu Hana dan Hani. They are the apple of my eye, my comfort, my responsibility, my joy, my prized possession, my baby sister Hana Saffiya and Hani Saffiya.


*comelnyaaa budak ni*

Wednesday, February 15, 2012

I'm Back

,
Assalamualaikum

Setelah sekian lama aku bercadang untuk buat balik blog aku ni. Blog dulu aku dah delete. Bila pikir balik kadang-kadang bosan tak tau nak buat apa baik aku buat blog. Ok bye.
 

"Life Is Too Short To Wake Up With Regrets" Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger Templates