Saturday, February 18, 2012

Hello Nafsu

,
Benci betul lah kalau banyak bebenornya nafsu ni. Kalau ikot hati nak je layan tapi memandangkan sumber kewangan yang terhad ditambah pulak duit MARA kasik dah overspend kena lah tahan nafsu ni. Nafsu yang aku maksudkan ni nafsu nak shopping lah. Faham-faham lah jadi pompuan ni suma benda kalau boleh nak baru dan nak cantik kan. Elaun MARA dah la masuk sampai Mei je. Jun dan Julai tu pandai-pandai lah nak hidup sendiri. Padan muka diri sendiri sapa suruh belanja tak hengat dunia kan. Patutnya duit bulan Januari dan Februari ni simpan untuk masa depan. Gatal pegi guna. Sekarang dah susah hati nak korek duit kat mana. 

Tak lama lagi nak bukak semester ni kalau boleh nak la beli kasut baru,beg baru dan segala benda mak nenek lah baru dengan harapan bersemangat sikit nak pegi kelas kan. Konon je lah kan. Padahal kalau takde pun xpe KOT~ Aduhai..Pakailah apa yang ada. Bukan mati pun kan..hehe..Ni lah luahan hati yang sangat bercelaru dan bosan. Nak beli barang kena bajet-bajet duit sekarang ni. Belajar lah bersyukur dengan nikmat Allah. Kalau tak pernah susah nanti kita tak dapat nak menikmati dan menghargai bila senang. Ni peringatan untuk diri sendiri je. Takde kaitan antara yang hidup mahupun yang mati. Wasalam. 

0 comments to “Hello Nafsu”

Post a Comment

 

"Life Is Too Short To Wake Up With Regrets" Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger Templates