Saturday, March 10, 2012

Final Sem

,
Dah seminggu dah kelas bermula. So far so good. Duduk rumah sewa pergi kelas naik bus je sebab malas nak drive lepas tu malas nak pikir nak parking dengan sesak semua bagai. Atleast pagi-pagi aku dah exercise sikit dengan jalan kaki pergi bus stop dengan housemates aku. Semester sebelum-sebelum ni kalau boleh nak parking tepi kelas tu jugak. Punya lah berkira nak berjalan. Saman jangan cakap lah kan. Tak terkira dah sebenarnya berapa nanti dah nak konvo lah baru bayar.hahaha. Hasil daripada kemalasan aku dulu aku dah menyesal sebabkan aku kurang bersenam dan makan tak ingat dunia lepas tu malas lagi nak jalan pergi kelas memang badan bulat cam doremon. Nasiblah ada kesedaran nak jaga balik badan ni bila tengok perut dah berlapis-lapis dan boroi. Dah tak kahwin lagi badan macam mak orang. Kalau pergi jejalan dengan Hana dan Hani memang semua orang ingat tu anak aku.sobs -_-"

Tapi Jumaat lepas aku redah jugak pergi kelas naik kereta sebab cam dah lewat lagipun satu kelas je kan. Dengan kesungguhan aku berjalan ke kelas hasilnya amat memberangsangkan bila aku timbang minggu ni turun 2kg. Tapi dah balik rumah ni makan macam-macam tak tahu lah apa jadi kan. Nak turun lagi 2kg je untuk berat badan unggul. Sekarang ni dah ideal dah. Perlukan usaha keras lagi. Minggu depan mungkin aku dah tak balik rumah dah. Kena tabahkan hati demi final semester ni. Nak kena belajar sikit-sikit dari awal semester sebab kali ni memang mencabar minda aku sebab semua subjek teori and no more calculation. Otak dah berkarat ni dah 9 bulan tak pegang buku dan dah memang dari azali aku ni lembab sikit bab-bab menghafal ni. Kena selalu berfikiran positif dan cuba menjadi lebih baik.

Apa benda sebenarnya aku cuba sampaikan ni pun aku tak tahu. Aku cuma nak bagitau yang semester ni merupakan final semester aku untuk Ijazah Perakaunan aku. InsyaAllah. Gagahkan jiwa lara untuk menempuh 5 bulan ni. Kepada rakan-rakan lain selamat berjuang. Sebelum menutup tirai bicara jom layan  lagu kat bawah ni. Sebab semalam ada orang kasik lagu ni. Suka sangat ♥


2 comments to “Final Sem”

  • March 10, 2012 at 10:13 AM
    Irfan Isa says:

    Suka gak lagu tu. :-)

  • March 10, 2012 at 10:13 AM
    Irfan Isa says:

    Suka gak lagu tu. :-)

Post a Comment

 

"Life Is Too Short To Wake Up With Regrets" Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger Templates